Pertama skali tak payah lah nak dengar cakap orang suruh call bank and then bank akan terus Block account Scammer tu
Hahahaha 😂 Ingat semudah ABC ?
Bank akan Freeze bila dah ada kebenaran daripada BNM sahaja
Jadi cara dia mudah je . First kau call atau whatsapp scammer tu kau cakap mcm ni
” Kau nak pulang duit aku atau kau nak Jumpa aku dekat mahkamah , kalau dh smpai mahkamah , nak settle standby RM 100K lah bro “
Kalau dia pulang duit kau time tu Jugak . Alhamdulillah rezeki . kalau dia tak pulang , bermakna dia dah masuk dalam kita punya Game
Jadi apa kau nak buat ?
Pertama , kau buat report polis . dakam report kau jangan cakap kau Ditipu , Jangan cakap kau di Scam , tapi cakap kau ” Diperdaya “
Ada sebab kenapa aku suruh buat mcm tu
Dah ada report , kau bawak pegi bank and mintak statement yang kau ada masukkan duit dekat account scammer , and bagi tahu pihak bank skali yang kau kene scam
Lepastu kau google lah cari Lawyer yang Free , iaitu YBGK , nnti selebihnya dorang akan susun step , yang penting Free
Tahu tahu sampai . apa yang sampai ?
Nanti scammer bodoh tu akan dapat surat dari mahkamah . dia akan dapat surat yang dipanggil Sapina
Jadi time tu baru dia akan klam kabut call kau . sbab mahkamah boleh batalkan kes kalau kau tarik report atau lawyer declare selesai
Jadi masa scammer Call kau , Kau jawab je macam ni
” Nak aku tarik report and selesai luar mahkamah ? Bagi RM 100K , aku dh penah cakap sebelum ni “
Jadi kau relax je , sbab dia nak taknak dia kene buat apa kau nak untuk kau tarik report , kalau kau taknak 100K pandai pandai kau la deal mintak bende lain , Jangan la kau bodoh bagi muka , slalu bila scammer nangis , mak bapak scammer melutut merayu , mula laa orang kita ni bangang mudah makan umpan , orang mcm ni kau kene ajar sikit Jangan bagi muka
Apa jadi kalau kau tak tarik Report ?
Dia akan dijatuh hukum lepas dah 3/4 hari reman , Jadi minimum dia kene penjara 1 tahun , dan 1 sebatan . itu baru minimum bukan maximum
Jadi dia mesti fikir panjang punya . Dia nak settle luar mahkamah bagi 100K atau belayar setahun ? pegi mampos biar dia fikir , Jangan bgi muka
Apa jadi kalau dia tak naik mahkamah pada hari tersebut ?
Kau jangan risau . nama dia akan di wantedkan dalam sistem SSO , polis seluruh malaysia Bro
Kau nak Loan tak boleh , Luar negara tak boleh , nak kerja tak boleh , Roadblock tak boleh lalu , dengan anggota 42 tak boleh sangkut , and banyak lagi
Masa tu dia akan tahu
” Macam mana hidup Jadi penjenayah dan buruan polis “
Jadi dia nak ikut cara susah atau cara senang
Kalau dia refund awal awal , dia selamat
Kalau dia buat keras , kita bagi End dalam dia punya Game sendiri
Aku cakap bukan acah borak pandai . aku cakap berdasarkan pengalaman . dah naik mahkamah lebih 40 kali . dah jumpa lebih 30 IO , dah macam macam kes dah aku Suply and SOS , berpuluh OKT dah hadap
Jadi apa yang baik , ambik sebagai iktibar 👍🏻
Sumber : Fb Mohamad Faizul