“Berbasikal ke pejabat untuk menjimatkan wang” – Menteri.

Spread the love

Rakyat yang terasa beban dengan kos sara hidup semakin meningkat, mungkin boleh mula mempertimbangkan cadangan penjimatan dengan berbasikal ke pejabat setiap hari.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada 1 Julai lalu melaksanakan program ‘Berbasikal ke Pejabat’ sekali gus menyokong usaha kerajaan dalam melestarikan alam sekitar. 

Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, program menyihatkan badan akan diadakan seminggu sekali sebelum diperluaskan setiap hari pada masa akan datang.

“Hari ini (1 Julai), seramai 40 kakitangan KASA dan beberapa rakan korporat serta individu menyertai aktiviti berbasikal ke pejabat pagi tadi.

“Saya difahamkan ada orang berbasikal 10 kilometer ke pejabat hari ini dan ia satu usaha yang baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, Putrajaya merupakan bandar raya yang mempunyai kemudahan terbaik untuk berbasikal.

“Di Putrajaya, jarak kediaman kakitangan dan pegawai dengan pejabat kementerian hanya kira-kira lima kilometer dan jika berbasikal hanya mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit.

“Pagi tadi saya mengayuh basikal sejauh 14 kilometer dan mengambil masa 35 minit dari rumah di Bangi ke pejabat,” katanya.

Katanya, selain menyihatkan badan, aktiviti berbasikal juga dapat mengurangkan penggunaan bahan api dan kesesakan lalu lintas selain membantu menjadikan Putrajaya sebagai bandar bebas karbon.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress