Cara Buat Cili Kisar / Bawang Kisar dan Cara Simpan. Stok Untuk 2 Minggu

Spread the love

Hari ini nak kongsi cara2 menyimpan cili kisar & bawang kisar agar tahan lebih lama
Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun n goreng kue tiaw tinggal cedok jer..stok utk seminggu..😀

Cara2 membuat cili kisar
Gunting cili kering lebih kurang 1 inci
Masukkan ke dlm tapis yang berlubang agak besar utk membuang biji cili
Kemudian masukkan ke dlm periuk dan rebus cili hingga mendidih
Letakkan satu sudu besar garam dlm rebusan dan kacau sebentar
Bila telah mendidih , tutup api
Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili
Masukkan cili yg sudah di basuh tadi ke dalam blender
100 gm cili kering blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas)
Blender menggunakan air tapis
Bila dah siap blender , masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping,simpan di dalam peti ais..
Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut

Cara2 membuat bawang merah kisar
6 biji bawang besar , 10 biji bawang kecil
Kupas bawang , cuci , keringkan dan hiris kecil
Blender bawang bersama minyak masak
Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender
Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut

Cara2 membuat bawang putih kisar
5 labu bawang putih
Kupas bawang , cuci ,keringkan dan hiris kecil
Blender bawang bersama minyak masak
Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender
Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut

Komen – komen Netizen :

Sumber : Kuali Opah

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress