Cubaan anak DS Najib (Nooryana @ Ms. Powerpoint) meraih simpati di Instagram gagal apabila posting di’flag’ sebagai Flase Information.

Spread the love

Berikutan perkembangan perbicaraan bekas Perdana Menteri Malaysia di mahkamah semalam, percubaan anak Dato Sri Najib Tun Razak meraih simpati melalui akaun platfom Instagram beliau gagal dan menjadi bahan ketawa pembaca.

Nooryana Najib adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Politik Antarabangsa dan Dasar Luar dari Georgetown University yang sedang menjawat jawatan Senior Analyst di Cradle Fund Sdn. Bhd.

Nooryana yang pernah kenali sebagai Miss Powerpoint memuat naik satu quote (kata-kata hikmah) ke akaun laman sosial Instagram milik beliau dengan bertujuan untuk meraih simpati masyarakat berikutan perkembangan perbicaraan bapanya yang nampak tidak menyebelahi pihak beliau, namun kegagalan beliau untuk memahami kata-kata yang dimuat naik tersebut membuatkan posting beliau kini di’flag’ False Information (maklumat palsu).

Quote yang berbunyi “When injustice become law, resistance become duty. – THOMAS JEFFERSON”.

Ternyata quote yang dimuat naik tersebut adalah quote palsu Thomas Jefferson yang mungkin direka oleh orang lain sebelum ini. Ternyata Ms Powerpoint pun tahu ‘Copy and Paste’.

Tindakan memuat naik apa-apa ke media sosial tanpa cross-check kesahihan maklumat boleh mendatangkan kesan tidak baik dan juga memakan diri sendiri dan paling memalukan ia boleh menjadi bahan tertawa orang ramai.

Bukan semua benar di internet, tak pasti jangan kongsi. – https://sebenarnya.my/

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress