Ford buang 3000 pekerja di US, Kanada dan India. Beralih ke sektor EV sepenuhnya. Tiada lagi Mustang GT ..

Spread the love

Ford syarikat permotoran terkemuka, sedang bersiap sedia untuk memberhentikan 3,000 pekerja tak lama lagi. Jumlah tersebut adalah merangkumi 6% dari keseluruhan pekerja di US dan Kanada.

Tindakan drastik ini dikatakan bertujuan untuk mengurangkan kos yang ditanggung kerana Ford sedang dalam transisi dari menghasilkan enjin konventional kepada EV (Electric Vehicle).

Pengumuman Ford ini dibuat melalui email rasmi dan menyatakan 2,000 pekerja sepenuh masa dan 1,000 pekerja kontrak di Amerika Syarikat, Kanada dan India bakal ditamatkan perkhidmatan mereka tak lama lagi.

Pekerja Ford yang sedang berkhidmat di kilang pemasangan tidak terlibat dalam agenda ini. Kini Ford mempunyai lebih kurang 56,000 pekerja di bahagian pemasangan.

Exec Chairman Bill Ford dan CEO Jim Farley berkata dalam email tersebut, pekerja yang ditamatkan perkhidmatannya akan diberikan pampasan dan sokongan secukupnya untuk mereka mendapat pekerjaan baharu.

Mereka juga berkata Ford ada daya saing dalam industri kenderaan elektrik dan tidak mahu ketinggalan. Jurucakap syarikat Ford mengesahkan kebanyakan yang bakal dinamakan adalah jabatan, kakitangan dan jurutera di bahagian pembinaan enjin.

Manakala itu Ford sedang mengambil pekerja baharu yang berpengalaman dan berkebolehan dalam bidang EV bagi merealisasikan impian mereka. Ford telah melabur sebanyak USD 3.7 bilion untuk naik taraf kilang Ford di sekitar Midwest termasuk Michigan, Ohio dan Missouri.

Dikatakan pelaburan ini akan memberi 6,200 peluang pekerjaan pemasangan baharu dan 74.000 pekerjaan secara tidak langsung pada akhir 2026.

Ford merancang untuk melancarkan Mustang, Ranger dan Kenderaan Komersil berkuasa elektrik tak lama lagi.

Pendapat orang ramai mengenai berita ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress