Hilang RM 13,000 Doktor terkedu akaun bank CIMB kena hack, CIMB nafi ada kelemahan keselamatan. Sedarlah CIMB ini bukan kes pertama..

Spread the love

CIMB adalah bank ke-2 terbesar di Malaysia dengan aset bernilai RM 585.813 bilion dan equity sebanyak RM 55.813 bilion pada Mac 2020 (rujukan wikipedia), sebelum Maybank di tempat pertama dan Public Bank Berhad ditempat ketiga.

Reputasi CIMB utuh sejah diasaskan pada Januari 2006, akan tetapi reputasinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini agak tidak baik kerana banyak kes yang melibatkan kehilang wang simpanan dilaporkan.

Terbaru seorang doktor dari Hospital Putrajaya hilang sebanyak RM 13,000 kerana tahap keselamatan CIMB yang senang dimanupulasi dan diceroboh oleh pengodam. Memburukkan keadaan lagi CIMB seakan-akan menundingkan jari kepada doktor tersebut mengatakan beliau lalai dalam menjaga keselamatan akaun bank beliau, sedangkan aspek keselamatan dari pencerobohan dan salahguna guna akaun oleh pengodam adalah tanggung jawab CIMB sendiri.

Sikap sebegini bagi sebuah organisasi perbankan adalah tidak baik kerana melambangkan ketidak acuhan bank tersebut kepada welfare pelanggan yang meletakkan kepercayaan simpanan mereka akan selamat di bawah jagaan sesebuah bank. Sikap tidak professional ini dapat dilihat dari maklum balas CIMB di sesawang Twitter, cukup menggambarkan CIMB tidak peka dengan keadaan semasa seumpama ‘Melepaskan batuk di tangga’.

CIMB respond copy paste attitude, and not professional.

Ramai berkongsi pengalaman yang hampir sama.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress