KOTA BHARU – Kelantan akan menjalankan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kids) untuk kanak-kanak berusia berusia 5 hingga 12 tahun bermula pada Ahad minggu hadapan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, pihaknya telah menjalankan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan untuk menjalankan program itu.

Katanya, suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak dijangka bermula Ahad depan di sekolah sekali gus memudahkan ibu bapa membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan suntikan.

Berita sepenuhnya dipautan berikut