Kakak Baju Kelawar belasah Peragut, Tindakan Abang GrabFood memang berani. Netizen begang ..

Spread the love

Cubaan samun yang berlaku di hadapan Menara Felda FGV pada ahad lepas digagalkan setelah mangsa bergelut dan tidak melepaskan si peragut hingga bantuan sampai.

Rakaman CCTV menunjukkan 2 orang lelaki cuba meragut seorang wanita. Dipercayai wanita tersebut adalah seorang ‘minah saleh’ yang hanya berbaju kelawar sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan Menara Felda FGV. Kejadian berlaku pada pukul 10:22 malam.

Diantara bantuan yang awal sampai ketika pergeluatan berlaku adalah seorang pemuda, dipercayai penghantar makanan GrabFood melanggar motorsikal si peragut dengan motorsikal beliau membuatkan si peragut tidak berjaya melarikan diri.

Gelagat ‘Abang Alza’ pula menarik perhatian netizen kerana terjatuh ketika keluar kereta sebelum bergegas lari memberi bantuan. Namun pemandu axia, di antara yang paling awal menyaksikan kejadian pula lambat memberi bantuan membuatkan netizen marah, mungkin sedang buat rakaman atau call 999.

Dua peragut tersebut sudah dibawa ke balai untuk tindakan lanjut. Terima kasih rakyat Malaysia yang membantu, menjadikan Malaysia lebih selamat dari peragut.

Geli hati betul bila baca maklum balas netizen ni, agak nakal.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress