Kerana Rasuah Diisytiharkan Muflis, Kadar Inflasi Sri Lanka Mencapai 54.6 %

Spread the love

Kadar inflasi bagi Sri Lanka memecah rekod sembilan kali berturut-turut dengan paras tertinggi sepanjang masa sebanyak 54.6 peratus. Ia juga merupakan kali pertama bacaan Indeks Harga Pengguna (CCPI) Colombo melepasi paras 50 peratus.

Angka terbaru itu muncul selepas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menggesa kerajaan Sri Lanka mengekang inflasi dan memerangi rasuah bagi menyelesaikan masalah ekonomi negara.

Punca krisis ekonomi Sri Lanka

Walaupun terdapat banyak faktor seperti wabak, kenaikan harga barangan dan tenaga, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, IMF berkata ia lebih kepada masalah rasuah di negara itu.

Berikutan lawatan 10 hari wakilnya ke ibu negara Sri Lanka, Colombo, IMF berkata ia akan menjadi salah satu tugas paling sukar untuk memulihkan masalah ekonomi mereka.

“Memandangkan tahap pendapatan mereka yang rendah, pembaharuan cukai yang meluas diperlukan segera,” kata IMF dalam satu kenyataan dan berkata Sri Lanka perlu mengurangkan rasuah dan menangani inflasi.

IMF juga mengesyorkan Sri Lanka untuk menamatkan subsidi sumber tenaga yang menyebabkan bajet negara itu merosot. “Pihak berkuasa telah mencapai kemajuan besar dalam merangka program pembaharuan ekonomi mereka dan kita tidak sama untuk melihat hasilnya,” jelas mereka.

Dalam erti kata lain, sebelum IMF meminjamkan sebarang bentuk kewangan kepada Sri Lanka untuk meningkatkan ekonomi mereka, negara perlu terlebih dahulu menyelesaikan masalah rasuah yang menjadi punca salah urus kewangan negara.

Betapa teruknya masalah ekonomi Sri Lanka

Krisis ekonomi mereka begitu teruk sehingga rakyat Sri Lanka sering terputus bekalan elektrik dan beratur panjang di stesen minyak.

Kos bahan api sahaja telah meningkat kepada 400 peratus menyebabkan kerajaan Sri Lanka gagal membayar hutang luar negara berjumlah RM224 bilion.

Bukan sahaja 22 juta rakyat Sri Lanka kehabisan petrol, mereka juga ketandusan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas lain. Perkhidmatan yang dianggap tidak penting juga terpaksa ditutup.

Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sri Lanka, Hanaa Singir-Hmady berkata rakyat mereka memerlukan bantuan segera.

“Sistem penjagaan kesihatan Sri Lanka yang sebelum ini kukuh kini berada dalam bahaya termasuk pendapatan rakyat yang turut lumpuh dan golongan kurang berkemampuan menghadapi impak paling besar,” jelasnya.

PBB telah merayu bantuan untuk menyelamatkan 1.7 juta penduduk di Sri Lanka dengan jumlah RM 207.1 juta.

Sementara itu, rakyat Sri Lanka turun ke jalanan sebagai satu bentuk protes menuntut peletakan jawatan Mahinda Rajapaksa. Mahinda meletak jawatan pada Mei 2022 berikutan protes besar-besaran.

Kini, semuanya bergantung kepada presiden keenam Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe, bukan sahaja untuk mengurangkan inflasi tetapi juga membasmi rasuah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress