Kucing gebu dari Penang hilang, sesat ditemukan di Putrajaya. Nak kawan dengan Kiky ke?

Spread the love

Lazimnya, banyak berita unik dari luar negara yang melaporkan kisah kucing sanggup berjalan kaki ribuan kilometer bagi mencari tuannya sendiri setelah berpindah rumah.

Ada mamalia itu yang mengambil masa bertahun-tahun mengembara secara solo bermula ketika usia kecil sehingga sudah peringkat dewasa namun ditemukan selamat pada akhirnya.

Bagaimanapun, lain pula kisah yang menimpa si bulu ‘warga’ Malaysia ini yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Pulau Pinang sebelum ditemukan semula selepas sebulan kemudian.

Berita unik itu disiarkan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Leeza Msi menerusi hantaran dalam akaun sosialnya baru-baru ini dan tular diperkatakan warganet.

“Jangan pergi ke mana sudah, duduk diam-diam dalam rumah kurung dia… Oh sebulan hang (kamu) terlepas pi (pergi) Putrajaya,” tulis beliau dengan memuat naik foto kucing berkenaan.

Difahamkan mamalia comel itu akhirnya ‘dijemput’ balik oleh sahabat beliau yang merupakan pegawai polis dan kebetulan ada urusan di Bukit Aman sebelum ia pulang ke Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun tidak pula menyatakan bagaimana dan di mana kucing itu akhirnya ditemukan selain tidak pula mendedahkan nama, jantina dan usia sebenar haiwan tersebut.

Hantaran tersebut meskipun agak ringkas namun ia menerima reaksi ramai netizen yang geli hati dengan aksi kenakalan kucing itu mampu menjelajah jauh ratusan kilometer dari rumah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress