Mangsa 5 tahun warga Perancis meninggal dunia disengat obor-obor ketika mandi di Pulau Pangkor.

Spread the love

Tidak bernasib baik, seorang kanak-kanak lelaki warganegara Perancis yang berusia lima tahun meninggal dunia berpunca dari sengatan obor-obor semasa mandi-manda di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor isnin lalu.

Kata Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, mangsa dikatakan menjerit kesakitan ketika mandi bersama-sama keluarganya di pantai berkenaan.

“Orang awam berhampiran telah datang dan mengangkat mangsa ke tepi pantai dan melakukan pemeriksaan di badan beliau terkejut kerana mendapati mangsa telah terkena sengatan obor-obor.

Kata saksi – “Semasa kanak-kanak tersebut dibawa naik ke darat, dia mula tidak sedarkan diri dan keluarganya dengan segera telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Pangkor”

ACP Nor Omar berkata pihaknya dihubungi petugas klinik kesihatan tersebut pada 7.30 malam memaklumkan pihak klinik telah mencuba memberi rawatan kecemasan awal kepada mangsa namun gagal, mangsa kini telah disahkan meninggal dunia.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kanak-kanak ini menemukan kesan lilitan yang dipercayai sengatan obor-obor pada bahagian perut, tangan kiri dan kaki kiri mangsa.

Beliau juga berkata hasil bedah siasat yang telah dijalankan di Hospital Seri Manjung juga mendapati punca kematian adalah disebabkan jellyfish envenomation atau pembisaan obor-obor dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress