Marah Kerana Bapa Sangat Rajin Hantar Anak, Ibu Desak Tadika Pecat Guru Cantik Ini

Spread the love

Seorang guru tadika di China terpaksa menerima hakikat bahawa sesetengah orang mahu dia dipecat daripada kerja, bukan kerana tingkah laku atau prestasi yang buruk, tetapi kerana mempunyai wajah yang cantik. Wajahnya dikatakan mirip dengan Anglebby, penyanyi terkenal dari Hong Kong.

Rupa-rupanya, panggilan meminta pihak tadika memecatnya dibuat selepas menerima banyak permintaan daripada ibu pelajar yang risau kerana kecantikannya menyebabkan bapa bersungguh-sungguh menghantar dan mengambil anak di tadika.

Difahamkan guru tersebut mempunyai keturunan darah campuran membuatkan orang ramai tidak hairan apabila dia memiliki wajah yang sangat menarik. Malah, ada yang beranggapan bahawa guru itu mungkin adik kepada penyanyi Hong Kong itu.

Menurut laporan media, walaupun wajahnya melayakkannya memilih kerjaya lebih popular, wanita itu dikatakan sangat serius dan berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.

Malangnya, kecantikannya telah dipertikaikan terutamanya oleh ibu-ibu pelajar di tadikanya. Mereka mendakwa suami mereka didapati sanggup tergesa-gesa mengambil anak dari tadika semata-mata untuk melihat wajah guru itu walaupun sekadar sekilas pandang.

Justeru, tidak pelik jika itu yang menjadi punca ibu-ibu memaksa pihak pengurusan tadika memecat guru tersebut. Namun pihak tadika tidak menghiraukan permintaan yang tidak munasabah itu.

Memang betul tindakan pihak tadika itu. Ini kerana memberi alasan untuk kecantikan seseorang itu dipecat adalah tidak masuk akal. Sebaliknya, ia hanya disebabkan oleh perasaan cemburu.

Tahniah kepada guru tadika tersebut kerana masih meneruskan kerjaya walaupun banyak halangan. Kecantikan bukanlah alasan yang kuat untuk dipecat sebagai seorang pendidik. Ibu bapa seharusnya menilai seseorang guru dengan gaya pengajaran dan ilmu yang dimiliki supaya pembelajaran anak lebih mudah difahami.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress