Mike Tyson, dari seorang Peninju Professional ke Tokan Dadah. Jana RM 2.2 juta sebulan.

Spread the love

Dunia tidak asing dengan nama Mike Tyson, seorang peninju professional lagenda, pelakon hollywoond, public speaker, dan terbaharu sebagai pengedar dadah.

Beliau amat terkenal dengan knockout puchnya ketika bergiat dalam sukan tinju kini menceburkan diri dalam bidang penjualan ganja atau kanabis. Beliau terlibat dalam industri kanabis bermula dari tahun 2016 melalui jenama beliau iaitu Tyson Holistic.

Marijuana yang dijual Mike Tyson tidak ditanam sendiri tetapi diambil dari pembekal dan peladang yang diyakini beliau menepati standard yang ditetapkan. Ciri-ciri yang ditetapkan adalah ditanam secara indoor, tempoh tuai yang sudah matang, kanabis dituai secara manual, bebas racun serangga dan diuji dimakmal. Ini kerana bagi Mike Tyson, mutu produk yang akan dijual oleh jenama beliau dijamin berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan disamping rasa yang asli.

Dikatakan Mike Tyson meraih keuntungan sebanyak 2.2 juta ringgit sebulan dari hasil penjualan marijuana premium, makanan berasaskan marijuana dan macam-macam produk lagi. Walaubagaimana pun Mike Tyson juga seorang pengguna marijuana, beliau berhabisan 180 ribu ringgit sebulan untuk kegunaan beliau sendiri.

The Tyson Ranch – Sedang dibina

Mike Tyson yang terkenal dengan gelaran “Iron Mike” sedang membina resort percutian di atas tanah seluas 418 ekar dan didalamnya ada diwujudkan sebuah lazy river terpanjang di dunia, kawasan khemah glamping mewah dan juga Tyson University yang mana akan mengajar cara-cara untuk meladang canabis secara betul bagi yang berminat.

Plan The Tyson Ranch

Resort ini akan dikenali juga sebagai “Wonderland of Weed”, dimana tetamu dibenarkan untuk mengguna ganja di dalam kawasan resort kecuali kawasan penjualan minuman beralkohol.

The Tyson Ranch akan menjadi pusat percutian yang mempromosikan gaya hidup sihat bertemakan marijuana, bukan tempat untuk melepaskan gian bagi penagih-penagih dadah.

Bagaimana Mike Tyson boleh terjebak menjadi pengedar marijuana?

Mike Tyson mengatakan yang beliau sudah bertahun lamanya menggunakan dadah lain termasuk kokain dan heroin, ini kerana keadaan kesihatan beliau yang semakin teruk akibat dari karrier beliau sebagai peninju selama 20 tahun memaksa beliau untuk lalui 2 pembedahan yang memberi kesan buruk kepada aktiviti harian beliau.

Beliau menggunakan dadah jenis heroin untuk menghilangkan sakit kesan sampingan selepas pembedahan, namun heroin mengakibatkan ketagihan dan beliau menjadi seorang yang pemarah dan cenderung bertindak ganas. Jadi untuk melawan ketagihan dadah tersebut beliau beralih kepada marijuana. Mengikut undang-undang yang baharu California penggunaan dan jual beli marijuana sudah dihalalkan, jadi Mike Tyson bukan mengedar marijuana secara haram.

Tegas beliau, hasil penggunaan marijuana menggantikan dadah lain menjadikan beliau sorang yang lebih tenang dan tidak agresif. Setelah berjaya melawan ketagihan heroin, Mike Tyson mula berkongsi dengan orang ramai kebaikan marijuana dan mempromosi keberkesanannya.

Beliau berganding bahu dengan Rob Hickman seorang usahawan lima tahun lepas dan Hickman mengajar Tyson selok belok industri marijuana. Rob Hickson juga adalah rakan kongssi Mike Tyson dalam industri marijuana sekarang.

Syarikat beliau juga mengeluarkan produk CopperGel yang mengandungi CBD (Cannabidiol), secara klinikal diuji dan telah lulus digunakan untuk melegakan kesakitan muscle joint dan athritis.

Mike Tyson juga melabur ke dalam CHILL, sebuah syarikat yang menghasilkan air minuman beralkali yang mengandung CBD.

Tyson berkata CBD boleh melawan ketagihan heroin (opiate) dan dadah jenis lain kerana beliau sendiri mencuba dan menggunakannya.

Di Malaysia tumbuhan jenis kanabis ini masih dikira sebagai dadah berbahaya yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati dibawah akta 39(B). Kelonggaran telah diminta oleh Khairi Jamaluddin (Menteri Kesihatan) untuk menjadikan kanabis sebagai dan bertujuan perubatan yang boleh diimpot masuk.

Industri kanabis juga mendapat perhatian negara jiran Thailand bila ianya menjadi negara Asian pertama yang menghalalkan kanabis pada tahun 2018, bagi tujuan perubatan setelah mendapat rekomendasi dan preskrepsi dari doktor. Namun begitu pengambilan secara terbuka tidak dibenarkan dan boleh didenda dan dipenjarakan kerana mengganggu keamanan orang ramai.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress