Pengembara berjaya merekodkan video detik Gajah lahirkan anaknya. Apa yang Gajah-gajah lain lakukan selepas itu mengejutkan ..

Spread the love

Saksikan detik di mana seekor ibu gajah melahirkan anaknya. Lokasi video adalah di Masai Mara, Kenya. Apa yang gajah-gajah lain lakukan selepas anak gajah dilahirkan amat mengejutkan.

Gajah adalah haiwan darat yang akan mengandungkan anak gajah sehingga 22 bulan, menjadikan ia haiwan yang paling lama tempoh mengandung. Setelah dilahirkan kebiasaannya anak gajah akan menyusu selama 6 bulan dan selepas tempoh itu anak gajah akan perlahan-lahan makan makanan pejal. Kerap juga terjadi anak gajah tersebut akan terus menyusu sehingga emak gajah mengandung lagi dan melahirkan anak gajah baharu.

Ketika gajah tersebut sedang melahirkan anaknya, gajah-gajah lain kelihatan menjarakkan diri mereka. Sehinggalah anak gajah berjaya dilahirkan, mereka akan beramai-ramai bergegas berkumpul bukan untuk menyakiti anak gajah tersebut, akan tetapi untuk melindungi anak gajah yang baru lahir dan juga ibu gajah yang sedang lemah dari haiwan pemangsa.

Sekali tengok macam menyeramkan kerana boleh sahaja antara gajah-gajah tersebut terpijak anak gajah yang masih lemah dan belum belajar berdiri.

Melihat kawanan gajah ini mengingatkan tentang hubungan kekeluargaan sesama mereka amat kuat. Mereka saling bantu membantu dan menjaga kebajikan kawanan. Antara komen netizen.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress