Peniaga Air Balang guna ‘Pelaris dari Paip Hijau’, patut la ramai yang beratur nak beli. Loya rasa .. Mau cirit birit lepas minum.

Spread the love

Memang setiap kali kita lalu gerai air balang, ia seolah memanggil-manggil untuk kita beli. Sejuknya air tersebut menarik perhatian, disamping air yang berwarna-warni membuatkan kita terbayang rasanya yang lalu tekak kita dikala kita kehausan.

Namun tak semuanya indah kerana ada ramai peniaga yang tidak menitik beratkan faktor kesihatan dan kebersihan ketika berniaga dan hanya nampak keuntungan berlipat kali ganda sahaja.

Namun tak semua peniaga air balang sebegitu, ramai juga yang menggunakan air suling untuk bancuhan air balang, tak kurang juga yang menggunakan air tapis. Tapi jarang kita nampak peniaga guna air masak untuk air bancuhan.

Rakaman video Tiktok ini menunjukkan betapa tidak cakna peniaga air balang ini kerana menggunakan air paip sebagai air bancuhan. Paip hijau yang digunakan sebelum ini terbiar di lantai sebelum digunakan. Sungguh tidak prihatin.

Jika sakit perut tahulah punca nya dimana.

[komen]

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress