Kuala Lumpur – Sekumpulan remaja sedang dikesan pihak berkuasa kerana melanggar S.O.P Covid-19 dengan berkumpul di Bukit Bintang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan namun siasatan sedang dijalankan.

“Polis sedang mengesan kumpulan remaja ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini video yang tular di media sosial Facebook berdurasi 24 saat menunjukkan sekumpulan remaja berkumpul dan membuat bising.

Majoriti mereka yang terakam di dalam video tersebut tidak mengamalkan penjarakan selamat dan tidak memakai pelitup muka, membuat bising seperti sedang bergaduh.