Perlis Paling Ramai Kencing Manis?? Bukan Kelantan ke??

Kencing Manis adalah satu epidemic hasil dari kurangnya kesedaran pemakanan sihat.

Penyakit kencing manis ataupun (DM = Diabetis melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Tapi ramai tak tahu sebenarnya kencing manis ada 3 jenis.

Jenis 1 (Type 1) - Dikenali sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetis awal remaja. Diabetis jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Jenis 2 (Type 2) - Disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetis jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Diabetis Gestasi - Dialami oleh wanita ketika kehamilan. Diabetes gestasi adalah mirip diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan, insulin yang diperlukan oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. Jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.

enter image description here

Amaran Ribut Petir - Bersiap Sedia Sentiasa

Amaran baru dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)

Semenanjung
Ribut petir di satu dua tempat: Pahang
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman: Kelantan dan Terengganu
Hujan di beberapa tempat: Perak
Hujan di satu dua tempat: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan WP Kuala Lumpur
Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman: Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
Tiada hujan: WP Putrajaya dan Melaka

Sabah
Hujan di satu dua tempat: Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan WP Labuan
Tiada hujan: Kudat

Sarawak
Hujan di satu dua tempat: Kuching, Serian, Samarahan, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang
Tiada hujan: Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah

Berhati-hati semua. Kami kat Pantai Timur ni pun berada dalam keadaan berjaga-jaga.