Tayar Pancit Semasa Cari Kerja. Seorang Bapa, Terpaksa Tolak Motosikal Sejauh 10km Sambil Anak Duduk Depan.

Spread the love

Perkongsian daripada seorang netizen yang menceritakan seorang bapa gigih mencari kerja sambil membawa anak, namun berdepan masalah tayar motosikal pancit dalam perjalanan.

Aku jumpa atas jambatan Penang hala ke pulau tadi. Bapa bersama anak 6 tahun naik moto RC lama tengah panas rembang. Dari Bagan Datoh Perak Mai penang nak pusing2 cari kerja. Anak 8 org, umoq abang ni lingkungan hujung 40an.

Kat bagan datoh tu dia keja2 kampung ja & pendapatan tak cukup.

Tadi jumpa dia atas jambatan dok bawak moto suzuki rc80 tayar belakang pecah & ada budak umor 6 tahun kat depan. Aku Mintak nak tumpangkan budak tu, tp dia taknak. Mungkin dia takut aku bawak Iari anak dia.

So aku bawak dia ke workshop dekat jelutong untuk tukar tayar pancit. Separuh jalan, dah teruk sagat tayar dia. Dekat 10km++ dia toIak motor dia & anak dia duduk kat depan.

Aku bawak dia ke kedai moto, tukaq tayar luaq & tayar dalam, lepas tu bawak dia p makan nasi kandaq deen.

Aku mintak no hp dia, bila aku call, takda bunyi, lepas tu dia keluarkan hp dia, rupanya bateri kong. Dia guna hp brand china yg paling murah yang amat. Memang tekan pun plastik semata mata.

Lepas bagi no hp tu, dia teruskan perjalanan nak balik katanya. Mungkin dia dah penat & letih sangat. Aku cuma dapat tolong dia tukaq tayar & belanja makan. Semoga urusan dia dipermudahkan.

Sedih betul teman dia tadi. Sepanjang aku duduk dengan dia, dia senyum sentiasa walaupun aku faham, dia datang jauh ni memang betul2 perlukan bantuan.

Sumber : Syed Hassen

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress