Teknologi ini boleh buat TNB marah. Pemuda cipta elektrik sendiri. Inilah caranya..

Spread the love

Dunia semakin moden dan teknologi semakin canggih. Hal ini jelas benar kerana di Zimbabwe seorang innovator bernama Maxwell Chikumbutso telah berjaya mencipta alat yang mana berjaya menguasakan sebuah TV 55 inci tanpa menggunakan sumber elektrik konvensional.

Wireless power genertor ini memanafaatkan frekuensi radio (RF), mengubah frekuensi radio kepada tenaga elektrik sekaligus memberi kuasa elektrik kepada peralatan elektrik tersebut. Mungkin kita rasa mustahil kerana kita sudah terbiasa dengan teori elektrik konvensional, akan tetapi beliau bukan sahaja berjaya membuktikan teorinya bukan cakap kosong malah membuat demonstrasi di hadapan wartawan.

Alat yang dicipta dipanggil MSED menghasilkan kuasa elektrik merupakan pengubah frekuensi radio kepada elektrik.

Kata beliau teknologi ini dicipta pada masa yang tepat, kerana ia dapat membantu orang miskin yang tiada bekalan elektrik untuk menonton tv di rumah mereka.

Projek ini diilhamkan pada tahun 2003 tapi baru sekarang dapat direalisasikan. Selain TV, alat ini dapat mengecas smartphone, laptop, menghidupkan peti sejuk dan beberapa alat elektrik yang lain.

Dikatakan alat ini dapat menghasilkan kuasa sebanyak 500watt dan 15amp, ini bermakna selain TV ia juga dapat memberi tenaga elektrik percuma kepada 2 biji mentol 100w serentak.

Maxwell melalui syarikatnya Saith holding Inc. sedang berusaha menginovasikan dan mengecilkan alat MSED ini bagi diletakkan di dalam pelbagai alat elektrik secara kekal (embedded).

“Kami percaya semua alat eletrik dan elektronik akan beralih kepada cordless powered dimasa hadapan” kata beliau.

Usaha Maxwell Chikumbutso Dihalang Dengan Racun

Sepertimana yang terjadi kepada Nikola Tesla, beliau dilihat sebagai ancaman kepada sesetengah pihak dan dihapuskan kerana ciptaan-ciptaan beliau akan memberi tenaga percuma kepada manusia yang tidak akan menguntungkan pihak-pihak korporat.

Dalam perkembangan baharu, Maxwell kini masukkan ke wad atas masalah buah pinggang, dia dan keluarga beliau kini menjadi sasaran, dipercayai diracun rentetan penemuan yang baru beliau dedahkan.

Ini bukan kes pertama yang mana saintis Free-Energy terkorban secara misteri selepas mendedahkan penemuan mereka. Industri besar yang menguasai tangan-tangan ghaib biasa akan bertindak menghapuskan pesaing yang bakal menggugat mereka.

Syarikat beliau juga sedang berurusan dengan beberapa syarikat serata dunia untuk mengkomersialkan helikopter hybrid-engine, kereta elektrik, magnetic converters, green power generators dan dron.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress