Umur Sudah Mencapai 71 Tahun Tapi Nampak ‘Mantap’, Jaafar Onn Kongsi Rahsia

Spread the love

Sebut sahaja nama Jaafar Onn, pasti ramai yang mengenali cef selebriti ini. Kalau sekarang ada Che Nom dan Khairul Aming yang heboh di Internet, dulu Jaafar Onn antara chef selebriti popular di kaca televisyen.

Bagi makcik-makcik kita, sudah tentu biasa mendengar celotehnya di televisyen dan mengikuti resipinya di majalah masakan. Sedar tak sedar, sudah berpuluh tahun dia muncul di TV berkongsi resepi dan tips memasak yang berguna.

Mungkin ada yang tidak tahu, rupa-rupanya tahun ini usianya sudah mencecah 71 tahun. Mesti ada yang tak percaya kan? Semuanya kerana penampilannya yang ‘steady’ sahaja. Nak tahu tips sihat dia? Teruskan membaca.

Saya telah minum jus peria katak selama tiga tahun

Baru-baru ini beliau berkongsi salah satu petua menjaga kesihatan iaitu dengan meminum jus peria katak.

Jelasnya, dia hampir berputus asa apabila doktor memaklumkan kandungan gula dalam darahnya melebihi paras normal. Maka disebabkan itu, dia mula mengambil peria katak, salah satu sayuran yang boleh menurunkan paras gula dalam darah.

“Sebenarnya saya hampir putus asa bila doktor beritahu kandungan gula berlebihan dalam darah. Atas nasihat kawan, saya diperkenalkan produk kapsul ekstrak peria. Dan ia betul membantu kurangkan gula dalam darah,” kongsinya di laman Facebook.

“Saya dah amalkan minum air peria katak selama tiga tahun berturut-turut sebelum jumpa kapsul ini. Saya kisar dua atau tiga biji. Tanpa tapis, saya minum airnya. Ia membantu mengurangkan gula dalam darah saya.”

Tambahnya, dia tidak lagi menggunakan gula dalam minuman untuk mengekalkan kesihatannya.

Selepas mengambil peria katak, katanya, dia kini tidak perlu lagi bangun malam untuk ke tandas untuk membuang air kecil, sebaliknya terus tidur sehingga pagi.

Peria kata, ‘insulin tumbuhan’

Peria katak atau Momordica charantia merupakan sayuran yang paling berkhasiat di dunia terutama untuk pesakit kencing manis. Tumbuhan ini juga dianggap sebagai ‘insulin tumbuhan’ dalam perubatan Ayurveda India.

Sayuran ini juga digunakan sebagai teh di Filipina oleh golongan miskin yang tidak mampu mendapatkan rawatan untuk mengawal diabetes.

Dalam catatan Kementerian Kesihatan (KKM), saintis telah mengkaji keberkesanan ekstrak peria katak terhadap tikus makmal dan mendapati ia mampu bertindak seperti insulin.

“Selain itu, ia juga membantu merencat penyerapan gula di usus dan menggalakkan sel-sel menggunakan gula dengan lebih efektif untuk ditukarkan menjadi tenaga. Ia juga membantu mengurangkan paras gula dengan merencat penghasilan gula oleh hati,” tulis KKM.

“Ia kini boleh diambil dalam bentuk kapsul atau dijadikan minuman jus dan diambil mentah sebagai ulam atau dimasak sebagai sayur,” tambah laman web itu.

Bagaimanapun, menurut KKM, pengambilan peria katak bersama ubat moden boleh menyebabkan hipoglikemia, iaitu keadaan di mana paras gula turun terlalu rendah. Oleh itu, anda harus mendapatkan nasihat pakar sebelum mengamalkan rawatan tradisional ini.

“Sila dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambil rawatan tradisional ini kerana anda mungkin perlu mengubah dos ubatan moden anda.”

Dapatkan Kapsul Peria Katak FATMAN Original di Shopee @ https://shope.ee/6f3o3FcfjM

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 AyieDotMy - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress